Wednesday, April 9, 2008

Kejayaan bersama untuk dikenang.....Sesapa yang ingin bantu En.Mod jadi moderater untuk blog kita?

Shah Alam, 9 April: Persaingan kejohanan Liga Juara-juara semakin menjadi hangat apabila dua pasukan terhebat di Liga Primier telah berjaya menumbangkan lawan masing-masing malam semalam. Pasukan kegemaran En.Mod iaitu Liverpool berjaya membuktikan kehebata mereka di padang apabila menumbangkan pasukan yang bongkak lai angkuh iaitu Arsenal...hahaha padan muka Azhar Maizan, sombong....tgk la kehebatan liverpool never be the fool like ur team...

Di Malaysia, Kedah terus mengungguli tampok liga apabila terus menewaskan lawannya dengan penuh bergaya bagai sang jantan yang hebat begitu....Kisah tersebut dikongsi bersama pasukan Pahang apabila mengalahkan pasukan kegemaran Azmeer Mas Merah Selangor 3-1. Hebat sungguh mereka bermain....nantikan pasukan futsal wanita kita pula yang sedang bersungguh-sungguh menjalani latihan di KRM Puchong..ikut korang la..En.Mod tak da masa la nak sukan, sibuk dengan meting je....

Dikesempatan ini, En.Mod ingin mengofer sesapa yang bleh menulis dengan syarat tidak mengutuk En.Mod dan mampu menulis dengan kelako sehingga menjilat ibu jari kaki...sila hubungi En.Mod untuk temuduga tertutup di Souq, Putrajaya tapi korang la belanja. En.Mod lepas nie semakin sibuk dan perlu menumpukan perhatian kepada pengajian En.Mod dan kepada adik En.Mod serta kepada diri sendiri yang semakin usang ni..

So, who the person are very lucky be the second moderate we will see..That all for now....Pray for me and for our future, love u all..thanks be part of my life..En.Mod

2 comments:

Unknown said...

oit nak gak.. ingatkan tak nak offer

Anonymous said...

keep up... moga blog ni jadi medan kita untuk bertemu... marilah kite sama2 support blog kite - miss ina

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian