Tuesday, April 8, 2008

Berita Tergempar..Azhar Maizan bertemu Nul Widaya di Sogo!



Kuala Lumpur, semalam (7 April): Bagai pinang dibelah-belah lalu dikisar menjadi debu. Itulah perumpamaan yang begitu sesuai dan lazat untuk dua orang anggota Team Secret Mission (TSM) Azhar Maizan dan Nul Widaya apabila mereka telah dilihat berada di Kuala Lumpur berdua-dua semalam. Paparazi bertugas iaitu Papa kepada En. Razi atau lebih dikenali sebagai paparazi telah melihat kelibat dua orang aggota TSM tersbut sedang enak bersiar-siar di Kuala Lumpur. Oleh kerana ketika itu diluar waktu pejabat, jadi paparazi hanya memandang sinis dan memandang serong dengan menyerongkan kepala memandang mereka.

Azhar Maizan yang kini menetap di Bukit Kiara pulang ke rumah pada jam 9 malam namun seperti kebiasaannya telah tersesat sehingga ke Sri Hartamas lalu seperti kebiasaan beliau menghubungi En.Mod untuk mengambil beliau di Sri Hartamas dan dibawa pulang.


Berbalik kepada pertemuan paparazi dengan Azhar Maizan dan Nul Widaya di Kuala Lumpur, beberapa pihak telah mengadu domba dan menyampaikan beberapa kenyataan berbaur fitnah kepada En.Mod mengenai perhubungan mereka. Namun En.Mod begitu rasional dalam berfikir walau selalunya En.Mod nie kurang siuman akibat duduk dalam bilik ber"air cond", En.Mod hanya mengambil kenyataan-kenyataan tersebut sebagai dakyah-dakyah yang sengaja disuarakan untuk memesongkan akhlak dan akidah En.Mod. En.Mod percaya Azhar Maizan dan Nul Widaya hanya sahabat dalam adik beradik dalam TSM tak lebih tak kurang.


Oleh yang demikian En.Mod telah bertanya secara derect kepada Azhar Maizan, "ko nie ada paper ngan Nul ke?"Lalu inilah jawapannye kepada En.Mod,"tengkorak ko...aku kawan baik dengan Nul je k...kami jumpa pon secara tak sengaja, Nul kata die di KL, nak g Bangunan Mara, tok lai best....Bangunan Mara dekat dengan opis aku, aku pon teman je la...ko nie asyik pk lain je...dari ko wat spekulasi baik g kuar bersosial mcm aku....weiiii..cepat la amik aku....aku tak tau nak balik nie....aku blanja ko mcm biasa, amik aku k..aku tak tau kat ne skrg..tolong k" begitulah respon Azhar Maizan kepada En.Mod. Setelah terkedu dengan jawapan yang begitu bertenaga, En.Mod mengambil keputusan untuk membiarkan angin berlalu dibawa angin.pokok yang bergoyang hanya dihayun beruk yang sakit...apo-apo aje lah...






Moral of the story- Azhar Maizan memang nak try adjust Nul sebenarnya tapi takut....Kalo nak dibandingkan dengan En.Mod, Azhar ni berani la skit pasal benda-benda nie..


Sumber En.Mod dan Paparazi.

No comments:

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian