Tuesday, April 8, 2008

Putrajaya diputar-putar....Anggota Team Secret Mission kurang siuman?


Putrajaya, 8 April: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya digemparkan dengan beberapa adegan yang begitu ganjil dan mengasyikkan. Sekitar jam 8 pagi setiap hari, kelihatan sebuah kereta Hyundai Elentra hitam belegar-legar dikawasan Putrajaya seperti sedang mencari pelanggan untuk perniagaan jualan langsung yang sedang bergiat aktif di ibu negara ketika ini. Hasil dari tangkapan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan, mendapati beberapa anggota TSM sedang bersiar-siar sebelum memasuki waktu office hour. Mereka yang terdiri daripada Misha the Grunge, Farah dan Fitri the Polite and Gummy Girl telah ditahan di rumah perlindungan kanak-kanak spastik di ibu negara untuk siasatan lanjut.
(gambar) Moon dan Leed di Bagan Datoh.....
Hasil dari siasatan yang dilakukan oleh pegawai bertanggungjawab, En. Subki Awang Selamat Indah Kurma Berupa Pensil mendapati mereka mengalami sindrom spastik tahap akhir dan boleh mendatangkan bahaya kepada hidupan liar seperti ayam dan itik disekitar Putrajaya. En. Subki Awang Selamat Indah Kurma Berupa Pensil berkata, "pihak kami sedang memantau keadaan mereka ketika ini, namun pesakit iaitu Misha the Grunge mula bertindak ganas dengan memakan semua lampu pendaflour yang terdapat di pusat tahanan tersebut. Namun usah dikhuatiri tentang keadaan mereka kerana kami telah mengenalpasti mengapa mereka begitu naif sehingga sanggup berlegar-legar di Putrajaya sebelum masuk ofis, iaitu mereka sedang berlatih untuk perlawanan futsal yang akan datang". hekeleh....orang lain pun main futsal gak.....


En.Mod telah menghubungi mereka yang baru sahaja dilepas dengan parol oleh pihak berkuasa, katanya mereka begitu taksub dengan futsal ketika ini dan begitu yakin untuk menggondol semua hadiah yang dipertandingkan ketika perlawanan tersebut termasuk kategori penjaring gol sendiri terbanyak....Kategori tersebut sememangnya menjadi idaman kepada Farah yang buat pertama kalinya bermain futsal. Bagi Fitri yang lebih terkenal dengan perawakan dan perwatakan Perempuan Melayu Asli, menyatakan beliau tidak berminat dengan futsal tetapi lebih berminat dengan permainan batu seremban, batu nilai, batu senawang, batu pahat, batu bertangkup dan batu bata kerana sebelum ini beliau adalah juara dalam kejohanan Batu Seremban peringkat Bumi yang dilangsungkan di Batu Talam, Raub anjuran Persatuan Kanak-kanak Riang Ria Ribena Semenanjung. Kini Fitri dikenali sebagai Ronaldo dalam pasukan B kerana ketangkasannya mengelak semua sepakan dari pihak lawan lalu memberi ruang kepada pihak lawan untuk menjaringkan gol....hampehssssss.....macam nie baik tak yah main....


Lain pula bagi Moon, seorang wanita yang begitu tangkas dan berjaya menarik perhatian Sven Goren Erikson untuk melihat permainannya pada satu ketika dahulu. Moon yang merupakan pemain dalam Kumpulan A bersama Misha berkata, beliau begitu mengharapkan adik beradik TSM yang lain datang menyokong mereka berentap di Komleks Rakan Muda Puchong setiap selasa kerana tanpamu siapalah aku......"weiii korang..datang tgk aku main futsal..misha, farah, fitri, ala, leed semua ada..datang la....bawa makanan sekali k..kalo ada asam lai elok....bila korang nak tgk aku n kengkawan semua main futsal...."...hampehsss jugak...dalam main futsal pon ingat makan jugak tue....eiii..bila tgk moon nie, ingat en.mod akan kejadian main bola kat APBM dulu...selambakodok je moon pijak dan pijak kaki en.mod...luka-luka u alls..nasib baik Mas Merah ada....lega rasanya.....


Adik beradik TSM yang lain mendoakan supaya kalian berjaya dalam pertandingan futsal itu kelak...Jangan menang sorak je....Good Luck k....Muarhhh....Sumber-En.Mod dan Moon



No comments:

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian