Friday, April 11, 2008

Pasukan Futsal KBS A mantap..Pasukan B mengharap.....hahaha.....geli hati kambing tgk korang main

MANCHESTER: Dua bekas juara - Manchester United dan Barcelona - masing-masing mengaut peluang beraksi di halaman sendiri untuk layak berentap dalam saingan separuh akhir kancah bola sepak Liga Juara-Juara Eropah. awal pagi semalam. United layak buat musim kedua berturut-turut selepas menewaskan AS Roma 1-0 hasil jaringan Carlos Tevez pada lewat babak kedua di Old Trafford bagi melengkapkan kemenangan agregat 3-0 untuk bertembung dengan jaguh Sepanyol itu yang turut mara dengan kemenangan angka sama bagi agregat 2-0 ketika menewaskan Shalke 04 di Stadium Nou Camp.
Kemenangan barisan didik Alex Ferguson menjadikan jumlah tiga pasukan Inggeris layak ke separuh akhir bagi edisi kali ini dengan satu tiket ke final di Moscow, Mei ini sudah terjamin buat England apabila juara 2005, Liverpool menentang Chelsea.
Pengurus United, Alex Ferguson berkata, dia melihat sesuatu yang istimewa dalam pasukannya dan mahu mereka membuktikannya apabila bertemu Barcelona nanti.
"Kami gembira layak ke separuh akhir dan hakikat betapa lawan menanti ialah Barcelona menjadikannya pertembungan yang menarik. Kami tidak sabar menantinya.
"Anda ada peluang dalam hidup apabila ada sesuatu yang amat istimewa di kelab dan saya rasa kami kini punya sesuatu yang istimewa dalam pasukan ini.
Di Kuala Lumpur, pasukan futsal wanita KBS A yang baru menamatkan perlawanan semalam mengungguli perlawanan dengan dibantu striker terbaik Asia, Moon The Babarian. Pada perlawanan semalam, Moon the Babarian berjaya menjaringkan banyak gol sehingga tidak terkira oleh pihak penganjur kerana kejap-kejap die je yang jaringkan gol tak da orang lain...bila orang lain gol, die mengamuk sebab tak bagi bola kat die untuk menggolkan...hampesss...tamak haloba bagai harimau dengan bayang-bayang. Namun pasukan KBS A banyak terhutang budi tetapi tidak la sampai tergadai body dengan kehadiran Moon the Babarian itu. Misha the Grunge yang kelihatan letih kerana sempot kot.. scuba lai la tue...namun sepanjang perjalanan perlawanan, Misha juga banyak memainkan peranan penting selain sebagai pemusnah kepada harapan pihak lawan untuk menjaringkan gol dengan menjatuhkan lawan sehingga tergolek dokkkk mcam nangka busuk... Tahniah kepada pesaukan KBS A kerana kejayaan mereka semalam, hanya En.Mod, Farah, Kak Fitri dan Hajar je yang datang sokong yang lain hampess..alasannya jauh dari tempat kejadian...huhuhu...
Berbeza dengan pasukan A yang begitu kental dengan perlawanan semalam dan berjaya mencipta kemenangan dalam semua perlawanan dan pusingan, pasukan KBS B masih lagi mencari rentak permainan dan rentak muzik terkini di Era.FM. Pasukan KBS B akan berentap pada petang ni. Bercakap mengenai perlawanan tersebut, Hajar ketua pasukan KBS B berkata,"motif perlawanan pada petang ini adalah untuk suka-suka je dan corak permaianan kami adalah kecantikan dalam perlawanan dan solekan terbaik". Beliau menambah, "jika berlaku sesuatu diluar jangkaan seperti dijatuhkan pihak lawan atau mengalami kecelaruan minda atau nak cover malu, kami akan pura-pura pengsan atau bertindak diluar kawalan dan batasan undang0-undang...". hahahaha...dah tak tau main nak main...apa-apa pun nantikan berita dan gambar-gambar dan video perlawanan tersebut nanti...petang ni En.Mod akan ke sana bukan untuk menyokong tetapi sebagai pemberi tekanan kepada mereka..kalaiu Team A dan B menang, sapa nak kalah kan...hahahah hantu polong....
Kepada adik beradik TSM yang lain yang berkelapangan, boleh la ke Stadium Titiwangsa sebelah Istana Budaya untuk memberikan sokongan sambil melihat aksi-aksi puteri lawak KBS berentap.hahahaha hancur la KBS...Sumber En.Mod, Farah, Misha, Hajar, Moon, Kak Fitri, dan Team KBS A dan B.

No comments:

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian