Saturday, April 5, 2008

Abg Syed nak beli kete? Azhar Maizan memandu motor ke opis? Nages menemui cintanye?......

Kuala Lumpur, 4 April: Beberapa anggota Team Secret Mission (TSM) dilaporkan telah mengalami permasalahan yang menyukarkan mereka menjalankan tugas harian mereka selain mereka dikerjakan oleh agensi masing-masing. Menurut jurucakap TSM, beberapa kejadian telah dilaporkan di Kuala Lumpur, antaranya melibatkan seorang anggota TSM yang sedang mencari kereta Toyota Vios versi lama untuk dijadikan kereta persendirian bagi memudahkan beliau bekerja. Anggota tersebut Syed (bukan nama penuh) dilaporkan sedang giat mencari kereta idamannya walaupun menyedari Toyota Vios versi lama (first edition) tidak lagi dikeluarkan, oleh yang demikian, beliau talah menggerakkan beberapa anggota TSM yang untuk dijadikan tebusan bagi memastikan impian beliau tercapai. Sungguh tragis kejadian tersebut yang dilaporkan oleh wartawan En. Mod di Kg. Pandan.
Selain itu, dalam kejadian berasingan, anggota TSM yang lain Azhar Maizan (bukan nama palsu) telah dilaporkan tersesat sehingga ke Jelatek untuk kembali ke pangkal jalan iaitu di Kg. Pandan, berikutan kejadian tersebut, mangsa telah menghubungi pemandu teksi iaitu En. Mod untuk mengambil beliau di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Hasil perbincangan dengan En. Mod, beliau telah pulang ke Melaka untuk mengambil kenderaan kesayangannya iaitu En. motosikal bagi kegunaan harianya bekerja kelak. Nantikan berita selanjutnya hasil penggunaan motosikal tersebut, kemana pula beliau akan tersesat di Kuala Lumpur sama ada ke Shah Alam, Batu Caves, Selayang, Mont Kiara, UM ataupun pulang ke Melaka? hahahaha haruan makan anak....
Kejadian ngeri di Kg. Pandan dari laporan En. Mod (die nie wartawan satu Malaysia ke?) melaporkan Cik Nageswary telah menemui cintanya. Wartawan bertugas telah ke Kg. Pandan untuk menyiasat perkara tersebut. Hasil siasatan mendapati laporan tersebut adalah BENAR melainkan benar benar belaka, tiada yang tidak benar. Wartawan telah menemubual Cik Nageswary yang mahu dikenali sebagai Miss Manager of the Complex, beliau menyatakan bahawa kini cintanya adalah kepada Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan... hek eleh...suspen je..suspicous tol la... hasil dari temubual dengan wartawan, Cik Nages telah dihadiahkan penumbuk sebarang dua kerana gurauan yang berkarisma daripada beliau itu. Kini Cik Nages berada di Penang untuk mengambil kenderaan beliau untuk memudahkan kerja pemantauan kompleks yang dibawah pengawasan beliau (mcm la besar sgt kompleks itu...) mungkin juga beliau ke Penang untuk berjumpa En. Ismail untuk mengadu..takutnya. Sumber En. Mod.

1 comment:

Anonymous said...

ui...pegawai batu...nak kena baling dengan batu ka?

mesti ko nak buat program kat kompleks ini juga kan...i tunggu ja saat itu...(cehh...dah terrer mengugut)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian