Thursday, April 17, 2008

Berita Terkena: Nul Semakin Liar, Suhaila Menjadi-jadi dan Farah Makin.....



Shah Alam, 17 April: Laluan perit diharungi dua pilihan utama, Lin Dan serta Lee Chong Wei, yang masing-masing dipaksa bangkit selepas kecundang awal sebelum menempah tiket ke pusingan ketiga perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia di Stadium Bandaraya Johor Bahru, semalam. Chong Wei, sebelumnya mudah menundukkan lawan dari Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk pada pusingan pertama, bagaimanapun mendapati Zhu Weilun jelas lawan serba berbeza ekoran pelbagai variasi pukulan yang jadi miliknya.



Pemain nombor satu negara itu ibarat tergamam untuk membenarkan lawan menang 21-17 pada set pertama sebelum memperkemaskan aksi untuk menang 21-16 pada set kedua sebelum memperkasakan lagi persembahan buat menjamin kejayaan hasil kemenangan 21-6. Lin Dan pula lebih awal berdepan bahaya tersingkir apabila kecundang 19-21 dalam saingan sengit set pertama sebelum bangkit untuk juga menang dua set berikutnya, 21-14, 21-16 mengatasi pemain nombor satu Vietnam, Nguyen Tien Minh. Hafiz Hashim pula memastikan reputasinya selaku antara tiga pemain utama negara tetap utuh apabila mengetepikan tentangan sengit rakan senegara lebih muda, Arif Latif (bukan ariff azwan tau)21-16, 21-17 dalam tempoh 29 minit untuk menempah kemaraan ke pusingan ketiga.


Ditempat berasingan, Shah Alam memperlihatkan kelakuan empat orang anggota Team Secret Mission (TSM) telah berjaya menjalani kursus protokol dan pengaturcaraan acara..Menurut sumber, mereka yang terdiri daripada 3 pompuan dan 1 lelaki begitu komited dengan tugasan yang diberikan namun terdapat sedikit kepincangan apabila ketiga-tiga pompuan tersebut juga begitu komited dalam mencari pasangan masing-masing. Suhaila aka Ala yang begitu bernasib malang apabila kekasih hatinya yang diminati adalah suami orang dan dah ada anak, namun kerana kekentalan hatinya yang begitu gatal dalam mencari sinar, beliau berkenalan dengan seorang jejaka namun jejaka tersebut PEKAK ..eloklah..sorang pekak..sorang sengal...kata Farah dengan angkuh.


Disamping itu, Nul yang dikenali dengan gelek mautnya telah cuba mencari jalan untuk mencari pasangan, tetapi kerana cintanya ada di Bukit Kiara iaitu ala..korang pon tau.. telah disound tanpa belas ihsan oleh seseorang kerana begitu aktif dalam mencari pasangan walhal beliau telah ada kekasih..hempess....curang je..makin kayu kayan je... Manakal Farah yang dikenali dengan sopan santunya juga tidak ketinggalan dalam operasi mencari pasangan, namun sumber gagal mendapatkan maklumat pasangan yang dicari namun syarat yang ditetapkan adalah tough, tampan dan matang. Fuyoooo... sesuai la dengan keeklusifan Farah kan...


Oleh yang demikian, warga TSM mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka diatas kejayaan menghadiri dan berjaya menamatkan kursus tersebut. Dengar kata makan banyak... siap makan beradat lai...amboi u olzzz... makiin tembam la korang. Namun seorang lai lelaki yang ke sana gagal dikenalpasti dan entah sapa entah...



salam sayang buat Azmeer....

1 comment:

Unknown said...

woi...ko betulkan ayat ko...sedapnya ko tulis ala yg bernasib malang ek dan ala yg gatal mencari sinar????gatal2 aku,depa yg gatal..dah kawin pun mesej aku buat hape?aku xlayan dah pas kusus tau tak...xpa..yagng pntg aku tenang...pakai baju sam kaler hijau...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian