Monday, April 21, 2008

Pe cer...Orang Sarawak dan Sabah mendiamkan diri je....

Sabah, 20 April: Sedang anggota Team Secret Mission (TSM) mengira hari untuk mengutip tunggakan gaji, lain pula ceritanya di Sabah dan Sarawak. Anggota TSM disana dikatakan telah mula lupa daratan apabila mereka dilihat sedang enak lena diulit mimpi.... jurucakap TSM Media Corporation, Cik Anum mengatakan bahawa beliau kini sedang belajar bahasa Sarawak, memandangkan beliau baru sahaja ditempatkan di sana. Oleh yang demikian, beliau mewarning kepada sesiapa yang berkelayakan untuk berdebat dalam bahasa Sarawak dengannya, oleh yang demikian anda boleh menghubunginya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip ON ANUM hantar ke 0126930867.

Dalam perbincangan tersebut, En.Mod telah menerima ofer baikkkk punye dari cik anum untuk meletakkan die sbg penulis di dalam blog ini..setelah berbincang dan mengadakan solat istikarah..maka jika maka, En.Mod bersetuju untuk meletakkan Cik Anum sbg moderator dalam blog nie... oleh yang demikian, makin kurang keje En.Mod.

Kini en.mod sedang menimbangkan bola lisut dan menimbangkan untuk membuka blog ini kepada semua ahli TSM bagi tujuan penulisan, jadi semua org bleh la menulis ikut suka mak bapak tiri belah atok cucu kerabat korang... tetapi atas risiko dan keselamatan negara, en.mod masih menimbangkan pertimbangan tersebut, hal ini kerana en.mod enggan bertanggungjawab untuk sebarang kemungkinan. Oleh yang demikian, tunggu je la....maleh la nak cakap....


Kepada Siti Syakirah..ooooo nak kawin dah yer.... kepada Azhar Maizan...ko ni asyik ngorat je..pas tue dah dapat ko tinggal kan,siap passing kat aku....ko ingat aku nie majlis bandaraya ke... kepada Abg. Syed..hahahah Toyota Vios tu bleh la tumpang, takkan die je leh naik..wawawawa, kepada Nages, ko g mana ha? lama tak nampak, dah lama saya tak makan duit ko nie, kepada AtiquePinky, asyik citer kat kedah je, mana dite bon kat penang ngan kak asmah ku itu... kepada orang ganu dan kelantan, masihkan kau ingat kita berlari-lari...dikaki langit di gunung Brinchang...oeang johor pe cer?asyik cer nul je...mana korang nie.. sbelum mata tertutup rapat, hati beku tak bernyawa, nafas terhenti selamanya, semuanya kelam baik korang muncul..kalo tak...


Kepada semua ahli TSM tahniah diatas usaha murni anda dalam menjalankan tanggungjawab dalam kerja di sektor kerajaan nie...kalo tak wat pe korang minta jadi kakitangan kerajaan. oleh kerana kerjasama yang baik, teruskan kerjasama tersebut. maleh la.... selepas nie, mereka yang tersenarai sebgai penulis akan terus menulis di blog nie...en.mod akan bercuti panjang, kalo ada sumur diladang, boleh la saya menumpang lalu, kalo umur ku tak panjang, mohon maaf ku pohon selalu.....En.Mod

No comments:

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian