Monday, April 7, 2008

Sekitar Perkahwinan Terhebat Tahun Ini...Lanz kahwin akhirnya....


Sg. Petani, 5 April: Tahun 2008 melakar sejarah buat anggota Team Secret Mission (TSM) apabila beliau yang lebih dikenali sebagai Lanz telah berjaya melangsungkan perkahwinannya sebelah pengantin lelaki apabila ditunda pada awalnya kerana telah mengikuti kursus yang wajib dihadiri demi bangsa dan agama juga negara. Oleh yang demikian, wartawan telah ke sana untuk melihat sekitar majlis perkahwinan beliau dengan isterinya (konfem la isterinya), namun akibat bateri kamera yang tidak dicas, gambar beliau gagal dirakam.


Menurut wartawan yang bertugas, tiada adik beradik TSM yang kelihatan mungkin kerana kesibukan kerja dan tugasan namun sumber ada mengatakan yang ada adik beradik TSM telah hadir tetapi bagi mengelakkan dikenali, mereka telah menukarkan diri mereka menggunakan hikmat menukar warna kulit dengan menyamaw sebagai khemah dan bunga mangga....hampehsss....macam glamor je....


Oleh yang demikian, seluruh adik beradik TSM mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU LANZ DAN ISTERI.... Jangan gelojoh k..slow n steady, gentlemen bro....

En. Mod


No comments:

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian