Wednesday, April 9, 2008

Tiada AP untuk individu...Pasaran Kereta Makin Meninggi..Azira Nak beli SWIFT...


Putrajaya, 9 April: Kerajaan telah mengeluarkan arahan melalui Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri mengenai tiada lagi AP yang akan dikeluarkan untuk individu. Oleh yang demikian, tiada la lai AP untuk individu..malas la En.Mod nak ulas benda-benda nie.....

Perkara tersebut tidak memberi tekanan kepada pembeli-pembeli kenderaan untuk membeli kereta kerana mereka menggunakan wang sendiri tidak melibatkan wang orang lain. Oleh yang demikian seorang adik Team Secret Mission telah mengambil langkah yang begitu drastik dengan mula memikirkan untuk menempah dan membeli sebuah motokar (orang Perak kata) untuk kegunaan sendiri dan bakal suami. Azira (bukan nama penuh) begitu taksub dan bersungguh-sungguh untuk membeli kereta tersebut walaupun menyedari abangnya (abg kandung kot) akan meminjamkan kereta Wira kepadanya. Kini Azira sedang leka dibuai mimpi di siang hari untuk memandu SWIFT kemana sahaja yang beliau suka. Ketika dihubungi oleh wartawan bertugas Qasyfi, Azira ditanya mengenai keputusannya untuk membeli SWIFT dan dengan penuh semangat waja beliau memberi kata dua; "janganlah kita memandang sesuatu itu dengan pandangan negatif tuan-tuan...cakap banyak tak guna, bohong je banyak....banyak cakap pun tak guna buat busuk mulut je..jadi nantikan SWIFT yang akan saya pandu samada melalui jalan yang benar atau tidak....doakan saya berjaya untuk pusingan yang seterusnya"

En.Mod begitu kagum dengan pernyataan yang diberikan walaupun nampak gayanya seperti entah apa-apa je...tak menjawab langsung soalan yang diberikan. Walaubagaimanapun, adik beradik TSM mengucapkan selamat berkonvoi untuk Azira..jangan merempit....KL DRIFT dah keluar, En.Mod tak reti tgk wayang, kalo tak leh ajak semua g tgk....Kepada Azira, WATCH OUT, SOMEBODY WATCHING U!!Sumber Qasyfi Putrajaya.

Gambo qasyfi terbaru...


1 comment:

Anonymous said...

Menarik2 Ariff...kawan2 dan bro2 senior semua...support lar blog ni..tapi kalau cadangkan satu fan friendster or tag ker..lagi senang nak contact rakan2..Shafiq Khan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian