Friday, April 18, 2008

Adik yang baik dan hebat di Bukit Tinggi...hahaha Syakirah wat UKJK lai...

Bukit Tinggi, Pahang, 18 April: Kontinjen Melaka yang kini dalam persiapan untuk menjayakan Sukan Malaysia (SUKMA) kini sedang giat berlatih di Bukit Tinggi, Pahang buat julung kalinya bagi memantapkan pasukan mereka untuk kejohanan tersebut. Dalam persiapan tersebut, kontinjen Melaka yang terdiri daripada pegawai JBS MELAKA diketuai oleh Siti Syakirah Yazid begitu komited dalam menjalankan latihan. Walaupun tanpa kelibat atlit-atlit Melaka, mereka begitu bersemangat menjayakan Kursus Kecergasan Eksekutif Negeri Melaka. hekeleh..mengalahkan atlit je korang nie...erm..maybe korang pon akan masuk SUKMA kot... tapi acara untuk sukan paralimpiad la kot..awawawaw..jahat la saya....
Walaupun lagak mereka tidak ubah seperti menanam pokok ubi ditepi kolam sambil mengunyah buah langsat, mereka juga dilihat menjalankan UKJK termasuk sesi larian 2.4 km. Dengan kudrat yang ada, mereka dilihat berlari-lari anak dari Gombak hingga ke Bukit Tinggi untuk menjalani larian 2.4 km. hekeleh...kalo dari Gombak ke bukit Tinggi bukan 2.4 kilo dik oi....tu dah sampai 50 km..larat ke?mcm tak logik je korang nie....
Siti Syakirah ketika ditemuramah berkata; "asyik kita je yang kene bagi ucapan, kalo macam nie malas la nak jadi pen. pengarah...ni yg nak marah nie...dah la rostrum lai tinggi dari kita, kita tak nampak audion tau...mesti dieorg pon tak nampak kita....mesti die org ingat tak da org just dummy je....huhuu..anyway nie program wajib yang perlu dibuat...so tahniah utk kita dan semua warga JBS Melaka dan peserta...".
Dalam wawancara tersebut Siti Syakirah mengucapkan selamat maju jaya dan beliau juga mengambil kesempatan ini mengucapkan;" kita nak ucapkan ribuan terima kasih kepada abah dan ibu diatas sokongan yang tak berbelah bagi kepada kita, kasih sayang abah dan ibu akan kita ingat, kepada adik beradik kita, usaha lai untuk berjaya...jangan mudah putus asa dan paling utama kepada org yang kita sayang, keje elok2..bila nak masuk minang nie? dan terakhir kepada peminat kita, kita ucapkan terima kasih atas sokongan dan undian yang diberikan..love u allz..."
tak paham saya...nie pemenang anugerah khidmat cemerlang ke? siap ada ucapan lai..ikut la Siti Syakirah...anyway to the roundway comeback to the roadway...En.Mod mengucapkan selamat maju jaya dan jaga diri...
Di Kuala Lumpur, Azhar Maizan juga dikatakan sedang menghadiri kursus kecergasan eksekutif di Pulau pangkor, namun dari sumber dan risikan di sana mendapati beliau lebih banyak membuang masa dengan mengorat nelayan-nelayan disana dan banyak membuang masa dengan scuba je...hampesss..UKJK pon die ponteng.....baik punyer pegawai....
Sumber En.Mod

1 comment:

kirah said...

den keponatan berlari turun naik bukit..abes sengal2 satu badan..tapi den totap gumbira sbb dapat emas utk UKJK tu..pasni ni nak g Sukan Paralimpiad lak..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian