Thursday, April 10, 2008

Hari Gila En.Mod..makan megi guna straw...hempesss kuasa 3

FAKTA atau AUTA..korang pk la....

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dankemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml airsuling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjahcelcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asasdalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkankeletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkinhelikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapatmemotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-keretatersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filemLa Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayahkepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengannama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lamadigunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susucap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnetialah besi yang berani menarik butir-butir besi lainkearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik keretabukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpaekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuhtelinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telahkeluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpasesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiapsarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasalapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah OrangUtan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagaiubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayamyang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telahmencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga korang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya

No comments:

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian