Monday, April 7, 2008

Dari Kejauhan Dia Bersuara...Qasyfi Berbisik!

Somewhere, 7 April: Perumpamaan mengatakan bahawa 'kalau kain panjang sejengkal jangan laut ingin diduga, kalau cinta sudah mendalam lautan api ku redah jua'. Begitulah perumpamaan yang serinf dikaitkan dengan pasangan yang sedang hangat bercinta. sebenarnya En. mod tak paham apa perkaitan perumpamaan tersebut dengan situasi adik kita nie... kayuh je la....
Percintaan adik kita Syarifah Qaysfi dengan pasangannya bukan satu yang rahsia buat adik beradik yang lain, gadis jelita berwajah Bollywood ini telah lama menjalinkan hubungan percintaan dengan pasangannya dan bakal menjalani kehidupan rumahtangga kelak. Hal ini dikonfemkan lagi melalui perbualan maya dengan Qasyfi yang kini sedang sibuk menjalani tugasan hariannya.
Menurut beliau, kini beliau lebih yakin dengan penampilan barunya sebagai gadis melayu terakhir kerana bakal menamatkan zaman bujangnya kelak. Dengan busana dari rekaan Din Beramboi Fesyen Design, Qasyfi begitu cantik dan enak dimakan begitu sahaja ketika sesi fotoshot diadakan di Tanah Perkuburan Brinchang untuk filem terbarunya Gunakan Cermin Belakang Ketika Memandu dan Qasyfi juga sedang sibuk dengan rakaman lagu untuk album terbarunya bertajuk "Mayatmu Di Bahu Jalan". Beliau mengakui bahawa tidak kekok dengan dunia mistik yang sememangnya sudah sebati dengan dirinya.... seram En. mod dengan pompuan nie...eiiiiiii...

Syariffah Qasyfi bukan nama asing bagi adik beradik TSM, namun kini berita mendapati beliau sedang bergelut dengan pelbagai permasalahan. Beliau menyatakan kini beliau sedang terlalu sibuk dengan tugasan harian yang perlu di selesaikan. nasib la qasyfi oi..kami pon banyak sgt keje...tapi we all support u..jgn mudah putus asa....

Beliau juga dikatakan sedang menimbangkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master, adakah beliau sudah memuktamadkan keputusan beliau? nantikan kesudahan telenovela ini...

DENGAR SINI ORANG-ORANG KAMPUNG..... SYARIFAH QASYFI AKAN MENJALANI KURSUS KAHWIN PADA 12-13 APRIL 2008 DAN BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA 8 MEI....UNTUK DAPATKAN KAD ISTIMEWA DARI QASYFI, SILA EMEL BELIAU DI qasyfi@yahoo.com. Sumber -En. Mod.- masa nie en.mod tengah demam n penin....sakitnyer...

3 comments:

ct said...

salam...everyone..wah...smua dah ada mcm2 morning story...iyek..kengkawan smua mesti sibuk kan ..akak la..ni sibuk gak..tapi oleh kerana masih belum dapat computer...terpaksa la menyibuk kan diri utk tidur..ha..ha...tanpa comp akak giler dik...walaupun kije dah bertimbun..uie....iueee

ct said...

opss...lum tu...arifff dah sihat ke?...
love
kak ct rosmawati

Anonymous said...

hi kat ct...rindu nak berempit la...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian