Wednesday, April 9, 2008

Bantuan Ehsan Ke Kedah Mula Disalurkan....Cik Leen lari rumah?Yo..yo je...


Kulim, 8 April: Semangat kerjasama dan keprihatinan yang begitu mendalam dihati sanubari setiap warga Malaysia mencerminkan keluhuran masyarakat Timur yang telah sekian lama terpahat dalam norma kehidupan di Malaysia. Setiap hati yang merasai keperitan dan kesengsaran pasti akan disambut dengan tangan yang sudi membantu dan seterusnya mengurangkan beban yang tertanggung dibahu, tangan, kaki, kepala mahupun di hati si penanggung. Oleh yang demikian, Yayasan Bantuan Kemanusiaan yang baru dilancarkan tempoh oleh En.Mod adalah bertujuan untuk membantu ahli-ahli Team Secret Mission (TSM) yang menghadapi kesulitan dan permasalahan.

Hari ini, ahli TSM dikejutkan dengan berita yang disampaikan oleh wartawan sambilan lantikan diri sendiri di Kulim, Kedah Cik AtiquePinky menyampaikan berita bahawa kini Cik Leen (Miss Alergic) sedang menghadapi kesulitan. Menurut wartawan, Cik Leen bergitu tertekan dengan permasalahan yang menimpa dirinya ketika ini umpama sudah jatuh ditimpa tangga lalu dilanggar lori tangki dan di pijak beruang kutub utara. Begitulah naifnya kehidupan Cik Leen yang kini bertugas di Kulim. Walaubagaimanapun, Cik Leen yang sedang menyendiri gagal dihubungi oleh En.Mod pada ketika ini. Dikhuatiri beliau akan melarikan diri dari rumah kerana ketidaktahanan beliau dengan gangguan mistik yang dilaluinya ketika ini. Gangguan tersebut datang dari bahagian dapur dan sering mengganggu ketika waktu malam start tengah malam kadang-kadang lewat skit la sebab malam masih muda....Cik Leen pernah mengadu mengenai gangguan tersebut kepada Bahagian Diplomatik, Malaysian Embassy namun laporan tersebut ditolak mentah-mentah tanpa kompromi. Lalu Cik Leen melaporkan kepada ketua kampung di kawasan tersebut. Hasil siasatan, ketua kampung telah mendapati gangguan tersebut datang dari kawasan dapur. Hal ini kerana kepala paip dirumahnya tidak ditutup rapat dan air akan menitis keluar dan menitik di singki lalu menghasilkan bunyi seram sejuk umpama pontianak sedang mengerang kesakitan ditakuk dengan paku.....hampehsssss.....kepala paip tu tutup la rapat-rapat...nanti bila bil air naik marah plak, padahal die yang punyer pasal...tak significant langsung Cik Leen nie....Ketua kampung yang begitu kecewa dengan sikap dan sifat luhur Cik Leen telah menyerahkan memorandum kepada beliau dengan menyatakan betapa kecewanya beliau dengan Cik Leen yang begitu penakut. Ketua kampung berkata; "apo ingat cek nie polis?banyok laii keje cek nak buat...lagu nie baik cek kejo jadi polis jer..hampehsssss..".

Cik Leen yang kini sedang mencari pakar dalam bidang Grafiti di kawasan Utara Semenanjung mengingatkan kepada semua adik beradik TSM agar memberikan semua maklumat dan contact kepada beliau sekiranya ada maklumat mengenai grafiti di Utara. Oleh yang demikian beliau sekali lagi memberi amaran kepada semua adik beradik agar berhati-hati agar memberi maklumat kepada beliau mengenai perkara tersebut bagi mengelakkan beliau lupa diri...apo la ko ni Leen...nak minta tolong ke nak cari gadoooo nie...lu bikin gua panasssss....bukan ke nie keje penggerak Leen ke?amboiiii...rajinnyer Leen nie....begitu komited dan konsisten kerjanya umpama kejayaan pasukan Kedah dalam mengejar tampuk kejuaraan bola sepak Malaysia dengan tiket free yang diberikan. Tahniah buat Pasukan Kedah juga kepada penyokong pasukan Perak. Melaka tak yah la.....wawawawawa walinong nalang sari....


Adik beradik TSM mengucapkan selamat bekerja dan selamat maju jaya kepada Cik Leen dengan ucapan semoga mukamu kian sembuh...hahahaha hashim shaari ....Sumber En. Mod yang kian sakit dan demam tak kebah langsung...

No comments:

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian