Wednesday, February 25, 2009

INDUKSI UMUM LATEST..

INI YANG COMPOM YANG PERGI.. HANG TGK LA SAPE YANG KENA G... KALU TAK DAPAT BULAN 6 NANTI ADA 2ND BATCH...HUHU

induksi umum

Monday, February 23, 2009

Bengkel Tatacara Perolehan Siri 1/2009




Assalamualaikum kpd sahabat-sahabat yg dikasihi sekalian...

Pada 12 hingga 16 februari ari tuh, beberapa orang geng TSM telah hadir ke Bengkel ni yg diadakan kat Hotel Putra, KL...antara yg hadir adalah, aku sendiri, atique, abg himran, ustad, Nuriman, Hj Baby, Kak As, Kak Nani n Hafdzam...huhu..

Malam pertama tu jek kitorg dah buat reunion ngan En.Mail bulu...huhuhu..belum apa2 lg dah kena dera jalan kaki tgh2 mlm buta oleh en.mail. Nak tak nak layan jelar...tapi, memang seronok sebab dpt jumpa en.mail...juz mlm tu hafdzam jek yg xder sbb dier ni kaki membuta skit...hehehe...

malam kedua plak masing2 wat hal masing2...ader yg membuta, ader yg berdating, ader yg ehem2...heheh.malam ketiga plak bdk2 ni pi tgk wayang citer geng upih n ipin...kalo x silap aku lar. tapi mmg hampeh sbb bdk2 ni x ajak aku skali eh. sentap tau!...tapi xper2...

malam ketiga plak...jeng!jeng!jeng!...ktiorg g karaoke plak.huhuhu....kat red box sogo. apa lagi..bdk2 ni pn sumernyer melepaskan geram and bakat yg terpendam masing2...tapi, kitorg x bleh lama sbb nuriman takut kat bakal bini...hahahaha....so, terpaksa lar balik awal.

inilar cerita kitorg masa kt KL ari tu...huhuhu...aku ader gambar masa dah abis kursus jek..gambar masa karaoke ader kt atique. atique...upload ar cepat beb...ko jgn letak gmbr kontroversi tu sudah...

Friday, February 20, 2009

berita terkini... kebanyakkan kita akan berjumpa lagi kira ala reunion apabila satu kursus umum yang akan diumumkan pada bulan 3 nanti..
takat ni yang dapat dirisik orang yang akan pergi adalah..ni pon sempat aku dengar kabar2 berita
1. wan azira
2. ariff azwan (ooo aku tau..jawapan soalan kenegaraan aku mintak kat ko)
3. siti rosmawati
4. farah
5. aku..
yang len tak dapat dikesan...
salam roger n out.. nak g riki lagi

Sunday, February 15, 2009

Edisi Khas..Picture Siti Syakira aje...












Aku tau korang jelous sebab pic korang aku tak appears..hahaha harun salim bachik

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA TEAM SECRET MISSION....


Kuala Lumpur, 11 Feb.: Setelah genap setahun penubuhan Team Secret Mission telah banyak kejayaan yang telah diperolehi. Sempena ulang tahun pertama TSM, pasukan Gerak Khas dari JBS WPKL telah diarahkan untuk ke Cameron Highland bagi menjalankan misi rahsia.

Berikut adalah keputusan daripada Pasukan Gerak Khas ini,
  1. Kem Brincang telah mengalami perubahan dimana pintu pagar telah ditukar kesan daripada tindakan Apis dan Pok Nik yang telah menerajang pintu tersebut sebelum menuju ke APBM tahun lalu.
  2. Kem Slim telah mengetatkan kawalan keselamatan akibat daripada rusuhan yang dilakukan oleh penduduk setempat kerana berlaku kekecohan selama 10 hari ketika TSM menjalankan latihan di Cameron Highland tahun lalu. Akibat daripada desakan pihak-pihak tertentu, pihak Kem sedang meningkatkan kawalan keselamatan.
  3. Puncak Gunung Brincang dilihat mengalami sedikit perubahan akibat tindakan Toy, Kira, Azira dan Zira yang menjalankan aktiviti radikal ketika latihan tahun lalu dengan memeberikan impak negatif terhadap iklim Cameron Highland.
  4. Sektor Pelancongan di Cameron Highland telah kembali pulih akibat daripada kemerosotan sektor pelancongan selama 10 hari kerana kebisingan dan riuh rendah serta menimbulkan keadaan yang tegang di Cameron ketika TSM menjalani latihan.
  5. Helikopter Pad di mana TSM menjalani kawas kaki (untuk yang betol2 wat la) telah dugunakan untuk menjalani tapak ekspo bagi memaksimakan penggunaan tempat tersebut.
Hasil daripada pemerhatian Skuad Khas ini, mereka bergitu fobia untuk ke Cameron sehinggakan En. Azhar Maizan telah termuntah sebanyak 2 kali sementara En. Syed Zyed begitu marah kerana perjalanan yang begitu mencabar dan lama....dengan perasaan marah mereka berkata..BARUA.....hahaahha

so kepada semua warga TSM...SELAMAT ULANG TAHUN...love u all

Monday, February 9, 2009

lawat jgn x lawat



arituh cik toy ngn abg hemran lawat cik mod ngn AD kt ikbn..
eheh

Tuesday, February 3, 2009

Salam..

Assalam Sahabat sahabat..ehehhehe..lama tak muncul i neh kat blog TSM neh kan..hm..saje saje je nak ganggu ketentraman korang..heheheh

tahniah diucapkan kat mereka mereka yg sudah berumahtangga tu ya..alam baru..penghidupan baru..tanggungjawab baru..cuma..i neh je masih belum tiba lagi jodoh..hehehe..jauh sgt wo..kena naik kapal lagik...susah nye bila jauh neh..mcm mcm tergendala la storynya,

Ni cerita agak lama gak la..lama tak lama..naik gunung dgn abg rizal kita neh..utk ARPRM..tu view kinabalu aras 2796m dr aras laut..

bulan 12 aritu..pengakhir program untuk 2008..

jadi bila lah kawan kawan lain nak dtg sini neh..naik gunung meh..

Nanti kalo ada apa apa yg dapat membawa i ke smenanjung..program ka kursus ka..maklum la ek..kasihan hamba neh...heheheheheh..harap tiket free jabatan je lah...

yang ARPRM neh pun sekadar menumpang program orang..i neh nasi tambah je..sambil menyelam minum air dah sambil minum air tu..makan ketam ketam yang ada..hehehehehe...

jemput dtg ya..dan jemput i juga..

assalam..






Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian