Saturday, May 24, 2008

Apa ApA aN Ajak


Aku nak ucap tahniah kat pengantin baru kita Ya Qasyfi..

bday guys yg lahir sama bulan dgn aku..Mei beb! Kelahiran Hari belia lagi gue!!

Jumpa aritu walaupun sekerat je ada tetapi mendtgkan impact yg besar juge buat pengalaman aku balik KL buat sementara tu untuk paralimpiad Kebangsaan walapun ku dikata makan angin...kembung sudah..

Sementelah aku lagi kangen dengan teman TSM sekalian..

Mother's day..Thanx to all mothers yg melahirkan kawan kawan aku yg hebat hebat belaka..semua ada kelebihan memasing..

Diva diva sekalian..ngaaaaaaaaahahahahahah...yang membujang lagi tu lekas lekas lah mencari pasangan agar menambah lagi ahli TSM junior plak kan..heheheh...

Tahniah kat akak Nani..(aku tunggu berita ko nani untuk kesihatan ko) aku doakan kesihatan ko..

Biarpun aku ganaz tapi hati tisu..heheeh..senti lebey..
Rakan rakan Yg lelain..jgn lupa kalo dtg ke negeri di bawah bayu korang khabarkan kat aku kedatangan ko..aku takleh gi hamek tapi bolehlah kalo nak rasa naik bas kat sini..(bas sini van je)..hehehehh..


No comments:

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian