Sunday, February 15, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA TEAM SECRET MISSION....


Kuala Lumpur, 11 Feb.: Setelah genap setahun penubuhan Team Secret Mission telah banyak kejayaan yang telah diperolehi. Sempena ulang tahun pertama TSM, pasukan Gerak Khas dari JBS WPKL telah diarahkan untuk ke Cameron Highland bagi menjalankan misi rahsia.

Berikut adalah keputusan daripada Pasukan Gerak Khas ini,
  1. Kem Brincang telah mengalami perubahan dimana pintu pagar telah ditukar kesan daripada tindakan Apis dan Pok Nik yang telah menerajang pintu tersebut sebelum menuju ke APBM tahun lalu.
  2. Kem Slim telah mengetatkan kawalan keselamatan akibat daripada rusuhan yang dilakukan oleh penduduk setempat kerana berlaku kekecohan selama 10 hari ketika TSM menjalankan latihan di Cameron Highland tahun lalu. Akibat daripada desakan pihak-pihak tertentu, pihak Kem sedang meningkatkan kawalan keselamatan.
  3. Puncak Gunung Brincang dilihat mengalami sedikit perubahan akibat tindakan Toy, Kira, Azira dan Zira yang menjalankan aktiviti radikal ketika latihan tahun lalu dengan memeberikan impak negatif terhadap iklim Cameron Highland.
  4. Sektor Pelancongan di Cameron Highland telah kembali pulih akibat daripada kemerosotan sektor pelancongan selama 10 hari kerana kebisingan dan riuh rendah serta menimbulkan keadaan yang tegang di Cameron ketika TSM menjalani latihan.
  5. Helikopter Pad di mana TSM menjalani kawas kaki (untuk yang betol2 wat la) telah dugunakan untuk menjalani tapak ekspo bagi memaksimakan penggunaan tempat tersebut.
Hasil daripada pemerhatian Skuad Khas ini, mereka bergitu fobia untuk ke Cameron sehinggakan En. Azhar Maizan telah termuntah sebanyak 2 kali sementara En. Syed Zyed begitu marah kerana perjalanan yang begitu mencabar dan lama....dengan perasaan marah mereka berkata..BARUA.....hahaahha

so kepada semua warga TSM...SELAMAT ULANG TAHUN...love u all

6 comments:

atiquepinky said...

x kan cik mod lupekan kne panggang kt cameron neyh.. huhuhu
appy aniversery

Anonymous said...

Penulisan yang agak baik. huhuhu!
Kenangan tetap kenangan. Gue pun baru je balik dari menatap keindahan dan kesayuan bumi Cameron. Dari simpang pulai ke Brincang dan terus ke tanah rata, segalanya penuh dengan sejarah TSM.
Happy Anniversary TSM.
-AJ@jehan-

Unknown said...

huhu.. korang silap la..bukan 11 hb.. tarikh tu masa kita mendaftar di kbs...kan petang tu jugak kita berada di Seri Malaysia..huhu..15 hb baru ada kat brinchang

Ariff Azwan said...

tau..11hbtu kan kita semua jadi warga KBS....wwawawa

Unknown said...

15 hb tu yang menyebabkan kita terkujat jumpa abg misai....lalala

Anonymous said...

hEPI ANNIvERSARY....
sEMOGA sILATUrrAHIM geNG tSM AKAN beRkEAKALn....

hIDUP ADIK-beradik TSM!!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian