Wednesday, July 16, 2008

RAJA SEHARI BAKAL MENJELANG....


Kluang, 10 Ogos 2008 nanti: Seorang ahli Team Secret Mission (TSM) bakal menamatkan zaman bujang trang-tang-tang beliau apabila beliau di pinang oleh seorang jejaka macho, segak, bergaya lai memberangsangkan. Kini beliau dan pasangan sedang enak mengira hari untuk diijab kabulkan menjadi suami dan isteri yang sah, selepas itu mereka akan dapat anak, selepas tu anak membesar sedikit demi sedikit, lalu menjadi anak dara lalu meneruskan pengajian di IPT dan berkenalan pula lelaki lain dan menemui jodoh di IPT, kemudian di anak tadi pun kawin dan ibu bapa mereka yang kawin pada 10 ogos 2008 pun jadi tua..bila dah tua dia akan nyanyuk..bila dah nyanyuk asyik pikir duit pencen je kalo amik skim pencen kalo tak amik KWSP, pastu mak ayah yang dah tua tu pun kawinkan anak die...dengan sapa?AKU Laaaaa..hahaahaha....


Begitulah aku merepek setelah lama tak direpekkan di blog nie...hahahahah hampes punyer nages... so for this moment i would like to tell to u all my buddies taht our Kakak Ina akan melangsungkan perkahwinan pada 10 Ogos 2008, beliau menjemput kita untuk bersama-sama untuk menghadiri majlis tersebut. Butiran majlis seperti di bawah, tengok la...


Tarikh: 10 Ogos 2008

Tempat: 891 Taman Gemas Jaya. 73400 Gemas, Negeri Sembilan


untuk pengetahuan korang..akak ina dah nikah sebenarnya pada 12 julai, die tak ajak kita sebab memandangkan kita semua suka melantak melebihi had yang dibenarkan, so jangan harap kita dijemput..ada paham?so jgn nak memarah kak ina, memang kita kuat melantak...sebab tu semua dah macam pintu gerbang..(pengarah aku selalu ckp mcm tu bila tgk pegawai die gemok)


so dikesempatan nie juga kak ini telah mengarahkan saya untuk bagi tau korang mengenai perkara berikut..nak cakap malu...tapi terpaksa juga ckap, berikut adalah senarai barangan atau hadiah yang perlu dibawa dan pegawai tanggungjawab, paham-paham la ye....:



  1. Peti sejuk- Apez

  2. Televisyen - Apez

  3. Sofa - Apez

  4. Mesin basuh - Apez lagi

  5. katil - lagi apez

  6. almari 3 pintu sliding - apez

  7. carpet import dari turki warna golden berbulu lebat( bulu halal) - atique

  8. dapur masak - atique dan Leen

  9. set barangan baby - Farah, hajar dan Toy (budget RM45,000 keatas)

  10. set tidur (bantal +tilan + bantal peluk tak payah dah ada..baikkk punyer..) - Syameil

so sesiapa ada masalah sila hubungi kak ina....so SELAMAT PENGANTIN YANG BAHARU...Salam sayang buat kak ina...

5 comments:

hafeezhussein said...

buku permata yang hilang, didlo bergerak, sarung getah 2 bundle, tongkat ali, gambir sarawak kesemuanya akan di sponsor oleh jejaka kacak bertopi hitam-ariff

Ariff Azwan said...

ko nie giler ke?ei...tak baik tuuuuu

Anonymous said...

ahak.. kire ko sponspor kelengkapan mlm pertama pengantin..ahaks

Ariff Azwan said...

begong mu anonynous...tak baik tau..tu hal peribadi org lain..eii...begong

atiQuepinky said...

ako x mampu nk sponsor bende2 mahal...
ako bg DOA jer la....
semuga sahabat kite bebahagia ke akhir hayat....
huhuhu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian