Tuesday, May 20, 2008

PERHIMPUNAN HARI BELIA- MEDAN PERJUMPAAN ANGGOTA TEAM SECRET MISSION




Bukit Jalil (15 Mei): Kerajaan akan melipatgandakan usaha untuk memperkasakan golongan belia bagi membolehkan mereka bersaing dengan belia di negara maju, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Untuk itu, tegas Perdana Menteri, usaha mendidik dan menjana golongan belia agar mencapai potensi diri yang optimum akan sentiasa menjadi agenda penting negara.




Sambutan bertemakan Belia Cemerlang Negara Terbilang tersebut dihadiri oleh kira-kira 15,000 ahli pelbagai persatuan belia dari seluruh negara. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Presiden Gerakan Belia 4B, Datuk Ali Rustam dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.




Namun yang menarik perhatian En.Mod adalah, kebanyak pegawai-pegawai kita yang juga ahli TSM begitu sibuk dengan kerja masing-masing. Farah, Misha, Qasyfi, Shameil, Abg. Sharizul, Hajar, Kak Siti, Kak Fitri, Mr.Mork aka apez masing-masing sibuk menjayakan program tersebut.




Di hari tersebut, en.mod juga sempat berjumpa dengan En.Darul, Abg. Suhaimi, Azmera, Azwandy, Azlan, Izzady hensem man, dan Zulhairi aka Diammmmmm... wawawa..hensem segak bergaya masing-masing. Namun duka cita en.mod apabila azira irmayani begitu komited dengan tugasnya dan sanggup main sorok-sorok dengan en.mod...konon nak bergurau senda di hari raya la, hamik ko..aku balik terus..dah la demam..ko nak main sorok2 plak ye...



Anyway, tahniah kepada semua anggota TSM yang menjayakan perhimpunan belia 2008. Belia Cemerlang Negara Terbilang..jangan korang temberang je...Sama-sama la kita menjayakan slogan tersebut..bersama membangunkan negara dengan aset yang paling besar ini....




Akhir kata..happy semua....

2 comments:

Anonymous said...

korang tak perasan ke ada gambar aku kat atas tu,,,, dalam yang ramai2 ngan pak lah tu...

syammeil

Anonymous said...

a'ah la... comel nye syameil tu... hehehe...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian