Friday, April 18, 2008

My Thesis: Need Your Help..ok ke?bg la candangan....

BELIA DALAM MENGISI KEMERDEKAAN: MANIFESTASI NASIONAL DAN PERSOALAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA



Oleh:
Ariff Azwan Bin Alis @ Alias
Abstrak

Dalam lipatan sejarah kemerdekaan negara ini, dapat dilihat peranan belia sebagai pemangkin perubahan dan pencetus kesedaran di kalangan rakyat negara ini. Mereka yang berjuang ke arah kemerdekaan rata-ratanya berada pada usia muda pada ketika itu. Namun mereka telah membuktikan kemampuan memimpin rakyat negara ini keluar daripada belenggu penjajahan (Salmah Zainal Abidin).

Persoalan yang ingin ditimbulkan ketika ini berdasarkan pernyataan yang diberikan adalah, bagaimana belia pada ketika ini mampu digerakkan selaras dengan pengisian kemerdekaan yang telah dicapai. Jika dikenang pernyataan daripada Rasulullah SAW mengenai pembinaan sebuah tamadun adalah bergantung kepada generasi muda ketika ini. Hal ini adalah kerana belia dilihat sebagai pewaris kepada kepimpinan dan waris kepada kegemilangan sesuatu tamadun yang dibina. Jika ingin melihat bagaimana negara suatu masa nanti lihatlah belia ketika ini.

Satu daripada masalah yang dihadapi belia dalam usaha menyediakan pemimpin belia sebagai pemimpin pelapis berkualiti, ialah kurangnya iklim kondusif dari segi peluang latihan dan pendedahan di luar dunia persatuan belia. Walau sebaik manapun kurikulum dan budaya kepemimpinan yang dipraktikkan dalam persatuan belia, jika mereka yang lebih berumur, organisasi dan kawasan tempat pemimpin belia berada (seperti sekolah menengah, universiti, tempat tinggal dan tempat kerja) dan kerajaan tidak menyediakan peluang latihan dan pendedahan, maka proses penyediaan pemimpin pelapis ini tidak lengkap. Masalah ini wujud kerana sebahagian daripada masyarakat tidak prihatin bahawa belia mahu suara dan peranan mereka diiktiraf.

Hari ini lebih 75 peratus penduduk Malaysia berada di bawah umur 40 tahun manakala 11.8 juta atau lebih 40 peratus pula boleh dikategorikan sebagai belia mengikut garis panduan Dasar Belia Negara iaitu lingkungan 15 hingga 40 tahun. Kesimpulan dari perangkaan ini menunjukkan hakikat betapa Malaysia adalah sebuah negara yang rata-ratanya berwargakan anak muda yang sarat dengan tenaga serta potensi bagi menerajui proses pembangunan serta kemajuan negara bagi pusingan seterusnya. Sehubungan itu pilihan tema sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2007 ‘Belia Peneraju Kemerdekaan Gemilang’ adalah amat bertepatan sekali lebih-lebih lagi sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-50.


Pembangunan negara semenjak lima dekad yang lalu bersifat terancang, ia tidak berlaku secara semula jadi. Berpaksikan rancangan pembangunan lima tahun yang dirancang rapi dan dilaksanakan dengan teliti Malaysia telah berjaya ditransformasikan dari sebuah masyarakat luar bandar yang rata-ratanya bergantung kepada sektor perlombongan, pertanian dan perikanan tradisional kepada sebuah masyarakat perindustrian yang moden. Hari ini proses transformasi kepada fasa ketiga arus ekonomi sedang berlaku pantas iaitu ke arah ekonomi yang lebih sarat berteraskan pengetahuan, kreativiti dan inovasi digerakkan modal insan dan kegiatan penyelidikan serta pembangunan.


Usaha pembangunan negara adalah usaha yang dinamik. Ia bersifat berterusan dan tidak mempunyai titik noktah. Merealisasikan Wawasan 2020 misalnya yang digubal pada awal dekad 90-an menuntut belia tangkas melakukan proses muhasabah serta melakar perancangan pembangunan berikutnya juga meningkatkan kemakmuran yang sedia ada. Ini kerana dunia tidak berada pada keadaan statik sebaliknya ia berubah dengan penuh dinamik.

Belia telah menyaksikan bagaimana apa yang diuar-uarkan sebagai teknologi masa depan pada tahun 1990 menjadi teknologi ketinggalan zaman pada tahun 2000 manakala menjelang tahun 2010 ia sudah menjadi teknologi usang yang tersadai di muzium. Untuk menjayakan matlamat islah dan pembaharuan nasional ini maka generasi belia perlu diberikan peluang yang adil serta saksama bagi menerajui usaha membawa negara kepada tingkat pembangunan yang berikutnya. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi membolehkan perkara ini berlaku? Langkah paling utama adalah pembaharuan dalam gerakan belia itu sendiri. Langkah pembaharuan ini penting kerana dari 11.8 juta belia di Malaysia hanya 3.5 juta yang berpersatuan sedangkan jika belia ingin menggerakkan tenaga, idea dan idealisme belia negara secara total belia perlu melibatkan lebih ramai lagi belia-belia Malaysia secara proaktif di dalam persatuan dan organisasi belia.


Kenapa golongan belia begitu alah dengan gerakan belia ia sebenarnya ada kaitan besar dengan soal ruang lingkup untuk mereka bergerak. Penyelesaian bagi isu ini telah disediakan dengan penggubalan Akta Pembangunan Belia yang apabila dikuatkuasakan akan memberikan makna kepada slogan kepemimpinan belia oleh belia untuk belia. Oleh yang demikian, menghentikan polemik mengenai usia belia dan menerima parameter usia 15 hingga 40 tahun yang telah diterima pakai di negara ini adalah jalan yang sesuai. Untuk akta ini berkesan dan mencapai matlamat memperkasa gerakan belia secara total maka parameter umur kepemimpinan belia di semua peringkat sepertimana yang terkandung di dalam akta yang selari dengan Dasar Belia Negera perlulah dipatuhi oleh semua persatuan dan organisasi belia yang sedia ada tanpa sebarang pengecualian. Menyokong parameter umur ini bukan bermakna belia menafikan sumbangan atau potensi mereka yang telah melepasi umur belia ini tetapi demi kepentingan belia dan negara secara keseluruhannya masyarakat mahu keremajaan kepemimpinan organisasi serta persatuan belia perlu sentiasa dibugarkan dan yang lebih penting berada di dalam tangan belia sendiri. Mungkin satu mekanisme majlis penasihat atau penaung boleh ditubuhkan di semua organisasi dan persatuan belia yang sedia ada untuk memanfaatkan kebijaksanaan, pengalaman serta tenaga golongan belia veteran ini.



3 comments:

atiquepinky said...

en mod..
alamak.. x reti nk comment la..
slalu thesis BI... neyh BM...
kekeeke
poyo jer...
;p

kirah said...

En. Ariff, your thesis sounds very good. InsyaAllah leh dijadikan yg terbaik..bole bwk masuk forum belia nie...gud lak & take care!!!

Anonymous said...

kepada atiq,saya tak pancai BI so kene la wat BM la...lai pun maybe PhD saya wat BI..kalo panjang umur....

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Salam perpaduan buat semua Adik Beradik Team Secret Mission... Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih dari kelmarin seterusnya hari-hari mendatang lebih baik selamanya... bersama kita membina sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Kami warga Team Secret Mission 2/2008 adalah dengan ini, dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti selama kami bersama.

Segala ilmu yang dicurahkan akan kami gunakan untuk bangsa, agama dan negara. Kepada En. James, En. Norzam, En. Mazhan, En Safuwan dan semua sekali warga Sumber, terima kasih.

Kepada jurulatih kesayangan, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan semangat yang tuan-tuan curahkan. Baris.... Baris sedia.. kerana kerjasama yang baik, 100 1 2, hentak kaki....hentak...

Jurulatih.....jalankan tugasssss.....

Salam Sayang dari Team Secret Mission 2/2008

Minta Perhatian kepada semua SEMUA ADIK BERADIK

assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perpaduan buat semua adik beradik secret mission...Berkaitan dengan laman yang sedang dikemaskini, adalah dengan ini saya memohon jasa baik tuan/puan (termasuk la yang tak berkahwin lai) untuk memberi kerjasama kepada saya untuk memasukkan butiran diri anda di dalam laman web berkenaan dan seterusnya untuk buku kenangan secret mission (kalo apis nak wat la)jadi butiran yang diperlukan adalah sperti berikut:(macam skema je ayat nie..bosan tol la....skema macam budak sek je)
Nama:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
No. tel:
E mel:
Kata-kata hikmah(kata hikmat tak payah tau....nanti bebulu telinga...):

dan yang paling penting GAMBO ukuran pasport..color tau....dalam bentuk jpeg...maksudnya digital la..gambo paspot tau..jgn gambo posing korang (walau korang semuanya lawa) tapi sy tak nak la gambo tue..nak gambo paspot....GAMBO PASPOT... attach je ke alamat saya di aznywan@yahoo.com. MOHON PERHATIAN MEMAKLUMKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN MENGENAI PERKARA INI.
Semoga jalinan ini terus mekar....cewahhhhh....
sekian, terimalah kasih yang tak seberapa.....

Peringatan!

Blog ini tidak mengandungi sebarang kandungan berbentuk subversif dan tidak menggangu ketenteraman awam. Blogger bertanggungjawab dalam sebarang penyiaran maklumat di dalam blog ini. Blog ini adalah tanggungjawab persendirian